Date : 311004
Source : Malaysia Today
Title : Penduduk Broga: Terima Kasih Jabatan Alam Sekitar (JAS)
PUTRAJAYA: Sekurang-kurang 50 penduduk dari Broga, Semenyih, telah ke jabatan Alam Sekitar semalam untuk mengucapkan terima kasih kepada jabatan tersebut kerana menolak laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) untuk cadangan tapak pembuangan sampah di sana.Pengerusi pro tem untuk Kumpulan Penduduk Broga menentang Projek Incinerator, Zulkefly Mohamad Omar berkata mereka mahu berterima kasih kepada (JAS) atas “dedikasi dan kebolehpercayaan” mereka.
“Diatas dasar yang sama jika JAS menolak laporan EIA untuk tapak pembuangan sampah itu, maka jabatan itu patut juga menilai projek incinerator tersebut.“Ini adalah kerana, kawasan Broga adalah kawasan tadahan air yang sensitif dan sebarang cadangan tempat pembakaran sampah boleh memberi kesan kepada kualiti air untuk 1.5 juta orang di Selangor dan Negeri Sembilan.“Kawasan itu juga berbukit-bukau dan oleh itu, boleh mengakibatkan kesan bahaya seperti tanah runtuh di masa hadapan,” kata beliau, sambil menambah yang penduduk melahirkan rasa berterima kasih mereka kepada Ketua Pengarah JAS Rosnani Ibarahim dalam pertemuan selama dua jam di sini semalam.
Pada April tahun ini, penduduk-penduduk Broga mengemukakan lebih 1,000 tandatangan memprotes cadangan tapak pembuangan sampah, dengan berkata adalah salah untuk menjalankan projek sedemikian di kawasan tadahan air.Zulkefly berkata kumpulan tersebut akan membuat temujanji dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting secepat mungkin unutk menyuarakan protes mereka terhadap projek incinerator di Broga.
No comments:
Post a Comment