Monday, August 31, 2015

Pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di 7 negeri mulai esok

Source : Berita  Harian Online


KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Datuk Ab Rahim Md Noor (dua dari kanan) menyerahkan tong kitar semula kepada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Taman Medan Berjaya, Langkawi. - Foto Hamzah Osman

PUTRAJAYA: Bermula esok, isi rumah di tujuh negeri termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya akan memulakan pengasingan sisa pepejal di punca atau daripada rumah, secara mandatori. Pelaksanaan perintah yang juga diadakan di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis, antara lain bertujuan mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sisa yang semakin meruncing, bagaimanapun ia tidak melibatkan sebarang denda. 

Sebagai langkah advokasi, isi rumah yang gagal mengasingkan sisa pepejal di punca hanya akan diberikan notis amaran sebelum penguatkuasaan sepenuhnya undang-undang kepada mereka yang ingkar dilaksanakan bermula 1 Jun tahun depan. Berdasarkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672), denda kompaun maksimum sehingga RM1,000 boleh dikenakan terhadap penduduk yang enggan melaksanakan pengasingan sisa pepejal. 

Pelaksanaan itu menyaksikan orang ramai perlu mengasingkan sisa pepejal mengikut jenis iaitu bahan yang boleh dikitar semula, sisa baki, sisa pukal serta sisa kebun di tempat berasingan sementara menunggu hari kutipan yang telah ditetapkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Kaedah kutipan oleh konsesi dilaksanakan mengikut formula 2+1 iaitu kutipan dua kali seminggu untuk sisa baki manakala seminggu sekali masing-masing bagi sisa kitar semula, sisa pukal dan sisa kebun. 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab Rahim Md Noor berkata penguatkuasaan akta itu adalah tepat pada masanya kerana selain mampu mengurangkan peratusan jumlah sampah yang dihantar ke tapak pelupusan sehingga 40 peratus, ia juga dijangka dapat meningkatkan kadar kitar semula melebihi 22 peratus menjelang 2020. Beliau berkata daripada 33,000 tan sisa pepejal yang dikumpul setiap hari, hanya 10.5 peratus daripadanya dikitar semula manakala selebihnya dilupuskan di tapak pelupusan. "Selain dapat membantu menambahkan jangka hayat tapak pelupusan, pelaksanaan akta ini juga diyakini dapat meningkatkan kadar kitar semula kepada lebih 22 peratus menjelang 2020," katanya kepada Bernama baru-baru ini. 

Mengenai penerimaan masyarakat terhadap pelaksanaan akta pengasingan sisa pepejal di punca itu, Ab Rahim berkata secara asasnya, orang ramai sedar akan kepentingan mengasingkan setiap sampah namun masih keberatan untuk melakukannya di rumah. "Sebab itu kita telah lancar Ops Mata Hati bagi memantau sejauh mana penduduk setempat mengasingkan sisa pepejal di rumah, selain untuk membiasakan masyarakat dengan penguatkuasaan dasar tersebut," katanya. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/78642

Asing sisa pepejal ikut kategori, jimat kos RM2b setahun

BERMULA esok, penduduk di enam negeri serta dua wilayah persekutuan akan memulakan langkah kecil yang memberi impak cukup besar apabila diwajibkan mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori. Kempen mengasingkan sisa pepejal di punca atau di rumah ini akan memberi kesan cukup besar kepada persekitaran, alam sekitar dan menjimatkan kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan yang menelan belanja hampir RM2 bilion setahun. 

Wartawan BH, MOHD AZIS NGAH mendapatkan komen Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan, mengenai pelaksanaan usaha ini dan beliau secara jelas mengakui ia bukan kerja mudah untuk melakukan anjakan pemikiran rakyat tetapi kejayaan usaha ini juga akan menentukan perubahan peradaban rakyat Malaysia menuju negara maju. 

Penjelasan ringkas mengenai langkah mengasingkan sisa pepejal di punca atau di rumah yang akan bermula esok Ia adalah proses mengasingkan sisa pepejal yang dihasilkan di rumah mengikut komposisi sisa pepejal seperti kertas, plastik dan lain-lain seperti kaca, seramik, aluminium, besi, logam, sisa elektronik dan bahan fabrik. Ia juga membabitkan bahan berasaskan getah, kulit, dan sisa berbahaya serta sisa kebun atau taman, sisa pukal, sisa makanan, lampin pakai buang dan sisa lain yang kotor dan tercemar. 

Secara mudahnya, sisa pepejal ini hendaklah diasingkan kepada sisa yang boleh dikitar semula dan sisa baki iaitu sisa yang akan dihantar ke tapak pelupusan sampah. Contohnya kategori kertas merujuk kepada bahan seperti akhbar lama, majalah, buku, komik, katalog, poskad. Bahan plastik seperti botol minuman, botol jus, botol mineral, bekas sabun dan sebagainya. Adakah kaedah kutipan ini akan berdasarkan sistem 2+1? 

Kutipan sisa pepejal yang sudah diasingkan seperti kertas dan plastik atau bahan kitar semula akan dijalankan seminggu sekali. Bagi sisa baki, kutipan akan dibuat dua kali seminggu. Semua kerja ini akan dilakukan syarikat konsesi yang dilantik kerajaan. Bagaimana dengan penggunaan plastik untuk mengasingkan sisa ini? Adakah orang ramai akan dibekalkan plastik khas? 



KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Datuk Ab Rahim Md Noor (dua dari kanan) menyerahkan tong kitar semula kepada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Taman Medan Berjaya, Langkawi. - Foto Hamzah Osman


Orang ramai dikehendaki menyediakan sendiri apa-apa bekas yang bersesuaian atau plastik sampah untuk mengasingkan sisa pepejal. Namun, mereka digalakkan menggunakan plastik sampah berwarna biru untuk sisa kertas dan plastik sampah putih untuk sisa plastik dan plastik hijau untuk lain-lain bahan kitar semula. 

KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Datuk Ab Rahim Md Noor (dua dari kanan) menyerahkan tong kitar semula kepada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Taman Medan Berjaya, Langkawi. - Foto Hamzah Osman Rakyat sudah biasa dengan amalan meletakkan semua sampah atau sisa pepejal ke dalam satu tong. Ini tentunya cabaran besar mengubah amalan yang sudah dianggap selesa. Apa komen Datuk?

Kita akui mempunyai cabaran besar dalam menguruskan sisa pepejal. Di negara membangun dan maju, kadar kitar semula sangat tinggi kerana rakyatnya berasakan itu tanggungjawab mereka menjaga sumber alam dan ini adalah cara menguruskan pembaziran. Dalam kehidupan moden, kadar pembaziran begitu mendadak tinggi, jadi kena ada kaedah baharu mengurangkan. 

Di negara maju, tahap kesedaran rakyat mereka agak tinggi berbanding di negara membangun kerana belum ada sesuatu yang boleh dibanggakan dalam perkara ini. Kadar kitar semula di Malaysia dianggarkan 10 hingga 11 peratus sahaja dan kita menyasarkan sekurang-kurangnya 22 peratus menjelang tahun 2020. Ini cabaran besar kerana perlukan anjakan minda kerana apabila melaksanakan kitar semula, ia adalah peradaban baharu. Ia bukan senang kerana sudah biasa dengan amalan melonggokkan semua jenis sampah ke dalam satu tong. Kita telah memutuskan pada tahun lalu untuk membuat kutipan berasaskan konsep 2+1 iaitu dua kali kutipan sisa basah dan sekali sisa kitar semula, tetapi ia tidak wajib diasingkan. 

Apabila tidak diasingkan antara botol plastik, kaca, kertas atau sisa dapur, ia memerlukan satu proses khas di tempat pelupusan sampah dan ia akan meningkatkan kos kerana pengurusan di tapak pelupusan akan mengenakan caj tambahan. Jadi, lebih baik rakyat yang mengasingkan sampah di punca kerana jika dibuat di tapak pelupusan, kos akan ditanggung kerajaan. Jika buat di kawasan masing-masing, apabila sampai ke pusat pelupusan, ia lebih senang dilupuskan. Ia juga akan memberi kesedaran kepada peringkat isi rumah mengenai apa yang perlu dibuat. 

Apabila kita faham dan peka, kita akan tahu apa perlu dibuat. Kenapa hanya negeri yang disenarai sahaja diwajibkan melaksanakan langkah pengasingan sisa pepejal ini? Kenapa sistem itu tidak dilaksanakan di seluruh negara? Ia merujuk pada negeri Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Hanya mereka menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 atau Akta 672 walaupun ia sepatutnya dijalankan di seluruh Semenanjung. 

Kita hanya boleh laksanakan jika kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Akta 672 ini. Selangor dan Pulau Pinang adalah negeri besar, tetapi masih tidak bersetuju melaksanakan akta ini walaupun secara peribadi saya berasakan mereka sepatutnya bersetuju berdasarkan kemampuan mengurus sedangkan sistem pengurusan sampah di negeri terbabit tidak begitu memuaskan sehingga menimbulkan banyak rungutan. Ada banyak sebab negeri-negeri lain tidak bersetuju, pertamanya mungkin disebabkan masalah kewangan, kekurangan peralatan atau sistem yang diguna pakai. 

Bagi negeri yang bersetuju, mereka wajib menggunakan trak khas mengikut standard yang ditetapkan dan harganya dianggarkan kira-kira RM300 juta. Kita tak boleh memaksa, tetapi ketika ini, kita sedang berbincang dengan beberapa negeri mengenai perkara ini supaya sistem pengurusan sisa pepejal seluruh negara mengikut standard ditetapkan. Bagaimana dengan maklum balas yang diterima setakat ini dan adakah Kementerian yakin ia mampu mencapai sasaran ditetapkan? 

Maklum balas setakat ini memang positif dan ini membuktikan pemikiran rakyat semakin matang dan peka terhadap penjagaan alam sekitar. Kita merancang mengadakan kajian terperinci mengenai status semasa pengurusan sisa pepejal negara pada tahun 2016 sehingga tahun 2021 bagi menilai kesan dan impak program yang dijalankan. Setakat ini, kita menetapkan sasaran kadar kitar semula meningkat ke tahap 22 peratus menjelang tahun 2020 iaitu bermula daripada peringkat awal sehingga ke tahap akhir pada peringkat kitar semula. Kita masih ada lima tahun lagi. Sebenarnya, sudah banyak perkara dilakukan bagi mencapai sasaran ini. 

Bermula dengan langkah penswastaan, diikuti tindakan menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) mengurangkan pembaziran dan pengurusan lebih baik. Ia diteruskan dengan konsep 2+1 dan langkah seterusnya ialah memastikan perkara ini (pengasingan) diwajibkan. Mungkin kita akan memikirkan sehingga ke tahap jika terlalu banyak membuang sampah, mereka akan didenda dengan cara terpaksa membeli lebih banyak plastik khas. Kita kena pastikan sampah dimasukkan ke dalam plastik khas. Ada juga cadangan supaya dikenakan bayaran tertentu untuk tempoh tertentu. 

Adakah sekarang pelaksanaannya percuma? Bukan percuma, mereka sudah membayarnya, tetapi kos itu diserap melalui bayaran cukai pintu. Memang ada komponen untuk pengurusan sisa pepejal.

 
MENTERI Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan. - Foto Abd Rahim Rahmat

Tetapi kos keseluruhan banyak ditanggung Kerajaan Pusat yang membelanjakan hampir RM2 bilion setahun. Bagaimana dengan persiapan melaksanakan usaha ini terutama aspek logistik dan kempen penerangan supaya masyarakat lebih faham dan bersedia? Semuanya sudah bersedia. Bagi negeri yang menerima pakai Akta 672, sudah banyak program penerangan dilaksanakan. Memang sudah ada program sistematik, contohnya mengedarkan risalah dan majalah kepada isi rumah. 

Banyak kempen melalui media, contohnya melalui akaun sosial twitter menggunakan tag #asingkan diguna pakai sebanyak 16.7 juta kali bermula 9 Ogos sehingga 26 Ogos. Itu adalah sebahagian daripada contoh kempen dan pendekatan ini akan berterusan di pelbagai saluran. Kita juga menggunakan tag #separate. 

Bagi negeri yang tidak terbabit dalam kempen ini, kita juga menggalakkan mereka memberi penerangan kepada rakyat masing-masing. Ramai keliru dengan kenyataan berkaitan denda jika gagal mengasingkan sisa pepejal. Tidakkah itu keterlaluan? Ya, ramai yang tidak faham. Pelaksanaan sisa pepejal di punca secara mandatori bermula September 2015, tetapi ia dilaksanakan secara berperingkat.

 Peringkat awal, tiada sebarang denda akan dikenakan. Jika mengikut akta ini, memang ada peruntukan mengenakan denda sehingga kadar maksimum sebanyak RM1,000, tetapi apa yang kita lakukan ialah mengambil pendekatan memberikan isi rumah masa secukupnya untuk mereka lebih faham. Bermula 1 September, kita memberi mereka ruang kira-kira sembilan bulan sehinggalah akhir Mei 2016, kita tidak akan kenakan kompaun, sebaliknya terus memberi nasihat dan penerangan. 

Apabila tamat tempoh iaitu bermula 1 Jun 2016, kami harap mereka sudah faham dan kompaun akan dikenakan. Bagi rumah yang bertanah seperti teres, banglo, semi D, denda sebanyak RM50 bagi kesalahan pertama, RM100 (kesalahan kedua), RM200 (kesalahan ketiga) dan jika kompaun tidak diselesaikan, tindakan seterusnya diserahkan kepada mahkamah. Bagi rumah serata seperti flat dan kondominium, kadarnya berbeza bermula dengan RM100 bagi kesalahan pertama, RM200 (kedua) dan RM500 (ketiga).

Jika tidak diselesaikan, ia akan dirujuk kepada mahkamah. Bagi kategori rumah serata ini, kita akan berurusan dengan jawatankuasa pengurusan bersama perumahan itu yang bertanggungjawab menguruskan sesuatu perumahan. Terpulang kepada mereka bagaimana nak menguruskan dengan pemilik rumah. Difahamkan, sebahagian besar sisa yang dikumpul setiap hari ialah sisa makanan yang jelas menunjukkan kadar pembaziran cukup tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Statistik menunjukkan lebih 30,000 tan sisa makanan dikutip setiap hari. Bayangkan betapa banyak sisa makanan. Sebab itulah kita mahu maklumkan pelupusan sisa pepejal itu adalah tindakan terakhir kerana masih banyak tindakan lain boleh kita buat, contohnya kurangkan penggunaan. Berbelanja dan makan mengikut keperluan, bukan kehendak. Boleh guna semula apa sahaja yang boleh dan tindakan kitar semula adalah tindakan terakhir. Gunakan konsep 3R iaitu Reduce (pengurangan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula). Langkah pengurangan dan penggunaan semula itu adalah langkah paling mudah. Apabila sudah sampai tahap negara maju, kita bimbang perkara itu dilupakan, berbelanja melebihi keperluan dan kos pengurusan semakin bertambah. 

Jika kos hampir RM2 bilion setahun yang dibelanjakan untuk menguruskan pembersihan dan pengutipan sampah tadi boleh dikurangkan ke tahap RM1 bilion atau RM500 juta, bayangkan berapa banyak sekolah boleh dibina. Bantulah kerajaan menguruskan sisa pepejal supaya duit itu boleh diuruskan untuk perkara lain. 

Melalui program ini, kita menjangkakan mampu mengurangkan sehingga 40 peratus jumlah sampah yang dihantar ke tapak pelupusan, sekali gus menambah usia tapak pelupusan sedia ada. Sebab itulah program pengurusan sisa pepejal di punca ini sangat penting untuk memastikan sampah dapat diuruskan dengan lebih berkesan. Sebelum ini, pernah ada kempen mengurangkan penggunaan bahan plastik, tetapi ia dilihat tidak begitu berjaya. Apa komen Datuk? 

Agak susah kerana rakyat Malaysia seolah-olah sudah jatuh cinta dengan penggunaan plastik. Paling membimbangkan ialah penggunaan botol plastik. Mungkin boleh kurangkan plastik ketika membeli-belah, tetapi penggunaan botol plastik semakin meningkat. Melalui pelbagai kempen dan pendekatan yang sudah dijalankan, adakah Datuk rasa mereka cukup bersedia berganding bahu memastikan usaha ini tercapai? 

Pada peringkat awal, ia agak sukar, mungkin kerana tidak faham. Mungkin mereka terlalu selesa dengan amalan mengumpulkan semua jenis sampah ke dalam satu plastik sampah. Mereka tidak faham, bayangkan jika 30,000 tan sampah yang dikumpul setiap hari ini sudah diasingkan awal, ia lebih mudah dan menjimatkan kos. Tapak pelupusan sampah juga semakin berkurangan dan kita terpaksa membuka tapak baharu yang jauh daripada penempatan. Tentunya orang ramai tidak mahu tapak baharu dibuka berhampiran penempatan baharu. Itu semua membabitkan kos logistik dan pengangkutan menghantar sampah. Semua kos itu ditanggung rakyat. Sebab itulah usaha mengurangkan kos itu sangat penting. 

Saya percaya, lama kelamaan rakyat akan faham dan boleh menerimanya dengan baik. Negara maju berjaya melaksanakan kerana mentaliti mereka sudah berubah dan sayangkan negara. Ini adalah satu isyarat rakyat kita sudah semakin menerima peradaban baharu. Jika sanggup melakukan usaha, maknanya peradaban kita semakin bertambah baik. Contoh paling mudah, kita boleh gunakan air tadahan hujan untuk bersihkan kenderaan atau menyiram pokok bunga. Tetapi disebabkan ia memerlukan sedikit kos, mereka tidak sanggup lakukan pada hal menggunakan bekalan air paip juga perlukan kos. Perkara mudah seperti inilah yang sepatutnya difikirkan, begitu juga dengan tindakan pengasingan sisa pepejal.

http://www.bharian.com.my/node/78592

Wednesday, August 26, 2015

Waste segregation: Start small, environmentalists urge the government

Source : Malay Mail Online, 26th August 2015
By Melissa Lee 
KUALA LUMPUR, Aug 26 ― Environmental observers said the government is being too ambitious in rolling out a federal waste segregation programme on September 1.
The government should instead empower city councils to carry out the collection and enforcement according to the ability and the needs of the community, they said.
Environmentalist Matthias Gelber, founder of the Negawatt Revolution, said the easiest way to kickstart an effective waste segregation programme is to make “cleaners the heroes.”
A cleaner sorts through waste at the recycling bins at Paradigm Mall in Petaling Jaya. — Picture by Yusof Mat IsaA cleaner sorts through waste at the recycling bins at Paradigm Mall in Petaling Jaya. — Picture by Yusof Mat Isa

Making cleaners the heroes
After all, cleaners and waste collectors already recover a small amount of recyclables in order to make some money.
The German, who has been based in Malaysia for more than 10 years, cited the example of a simple system he implemented with his neighbours in Seri Raja Chulan condominium where he used to live.
“We basically talked to Alam Flora but realised they could not pick up small amounts of recyclables, but then we talked with the cleaners and realised they had been doing it already.
“They have the phone numbers of the recycler who comes at the end of the month... who picks up the 80 kilos of paper and 20 kilos of cans.
“What we did was, we made our cleaners the heroes, we designed a system around the cleaners. We convinced the condo management to give us RM700 to buy bins, and give us shelves for every floor,” he said.
It only cost RM700 to set up the segregated waste collection areas on 23 floors back in 2009, Gelber said.
Under the national waste segregation programme that will roll out in KL, Putrajaya, Pahang, Johor, Malacca, Negri Sembilan, Perlis and Kedah, no extra bins will be provided for landed properties for recyclable items.
As for non-landed buildings, Urban Wellbeing, Housing and  Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan said concessionaires will provide bins “in stages” and only at collection points, with each bin costing RM300.
Gelber said before his recycling system was in place, about 100 kilos of waste was recycled but after the implementation of the system, an average of 300 kilos was recycled a month.
He pointed out that the only thing that was not segregated was biodegradable organic waste, which includes food waste.
“We didn’t want to get into the smell and stuff like that. We wanted to have a very simple system where nobody is going to complain or this is messy, this is smelly, and end up scrapping the whole system.
“So we did one bin for plastic bottles, cans and glass, even though glass has no market value in Malaysia,” he said, adding that even the recycling centre at the Ikano Power Centre does not accept glass.
There are also shelves on each floor for paper waste.
“The condo recycling system is still operating and it works and we let the cleaners keep the makan money so they make sure it works.”
Matthias Gelber poses with his green book and recycled wallet. — Picture by Choo Choy MayMatthias Gelber poses with his green book and recycled wallet. — Picture by Choo Choy May

Programme at highly concentrated buildings
Jaron Keng, the manager of Universiti Malaya’s successful Zero Waste Campaign, suggested that the programme start with one community at a time, instead of on a federal level.
Universiti Malaya’s Zero Waste Campaign Manager Jaron Keng says the government should start the programme at a local level. — Picture by Choo Choy MayUniversiti Malaya’s Zero Waste Campaign Manager Jaron Keng says the government should start the programme at a local level. — Picture by Choo Choy May
Keng pointed out that the UK had started with a federal programme but that failed. After that, its waste segregation programme went under the jurisdiction of local governments.
He added that it is a very challenging task to make sure waste is separated accordingly.
Recycling bins in Ikea with mixed trash in the bins. — Picture by Choo Choy MayRecycling bins in Ikea with mixed trash in the bins. — Picture by Choo Choy May

“Even in Singapore, two years ago they declared their residential recycling programme a failure. Their overall recycling rate is high only because of the recycling of construction waste.
“In Japan, it is successful because of the people’s behaviour, and in Korea, the government is strong. Only Scandinavian countries are successful and even in the US, some states have only a dual-stream recycling system,” he said.
Keng said proper waste management includes tendering to the right concession companies and good communication with the public.
In some cities abroad, they even give out free calendars with the collection dates for every category collected published on it.
Collaborate with private companies
Keng said successful waste management in many countries is a result of public and private partnership.
At the moment, the National Solid Waste Management Department (JPSPN) director-general Mohd Rosli Abdullah said 25,000 tonnes of plastic waste is imported to be recycled every month because plastic waste here is not segregated to be collected and channeled to those companies.
Keng said the government can collaborate with the more than 60 big plastic manufacturers, 10 big paper mills, and 100 over companies that recycle e-waste.
“Public-private partnership is very important. Even to develop a materials recovery facility, you need the private sector to come up with the initiative, and the government basically just comes up with policy,” he said.
Enforcement
He also foresees problems with enforcing the law to ensure every household separates their waste accordingly.
“Even illegal dumping, we cannot solve, we are still at a very low level. This advanced thing will definitely not work.
“You put a bin in an area, some will not even bother to lift the lid to throw inside,” he said.
Recycling bins in Bukit Gasing, Petaling Jaya that has trash all over it. — Picture by Saw Siow FengRecycling bins in Bukit Gasing, Petaling Jaya that has trash all over it. — Picture by Saw Siow Feng

Under the Solid Waste and Public Cleansing Act 2007, there will be a fine of up to RM1,000 issued to households who fail to separate their waste. However, the ministry said the fine will only be used as a last resort after all “persuasive efforts” fail to persuade them to do so, from June 1, 2016 onwards.
Impose waste tax
Keng, who is also secretary of the environmental NGO, Green and Blue Group, took a step further and said perhaps Malaysia should impose a waste tax where either residents get charged each time they have residual waste to be picked up, or they get charged by the weight of their waste, as is being practised in some European countries.
Malaysia’s recycling rate is only at 10.8 per cent according to the JPSPN’s waste audit. Each Malaysian emits 1.1kg of waste each day and households in Malaysia produce 33 tonnes of waste a day, or 12 million tonne a year.
In total, Malaysia produces 110 million tonnes of waste a year and it costs RM1 billion to manage this.
“Initially people will protest like in Germany, in the 1990s the government started to charge households, but after a few years, it became the norm,” he said.
Echoing the same sentiment, Universiti Teknologi Malaysia’s Dr Zainura Zainon Noor said households do not make a separate payment for solid waste management, hence are unaware of the amount of tariff that goes to waste collection service.
The chemical engineering professor suggested a “polluters pay system” in the future, where residual wastes must be placed in standardised plastic bags, otherwise, it will not be collected.
This way, one would assume that households will try to minimise the need to purchase such bags, by producing less residual waste.
“To be frank, I think it is still a long way for Malaysia to achieve the rate of recycling comparative to Singapore and other developed nations but I do think finally imposing this Act is a good start.




Friday, August 7, 2015

Pengasingan sisa pepejal di premis kuat kuasa 1 September

Source : Berita Harian online


SWM Environment menggunakan kaedah penerangan bagi memastikan pengguna mematuhi peraturan pengasingan sisa pepejal berikutan penguatkuasaan Akta 672. - Foto Mohd Amin Jalil

SEJAK bulan lalu, pengguna di negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah sudah menerima surat ingatan mesra daripada syarikat konsesi pelupusan sisa pepejal di kawasan masing-masing. 

Surat itu bertujuan mengingatkan pengguna untuk melakukan pengasingan sisa pepejal di punca (bukan hanya di rumah, tetapi juga di semua premis) dengan menggunakan kaedah 2+1 ketika membuang sampah. Kaedah baharu iaitu kutipan sisa isi rumah dan organik dilakukan mengikut kekerapan dua kali seminggu, manakala kutipan sisa yang boleh dikitar semula, pukal dan kebun dilaksanakan sekali seminggu. 

Kaedah berkenaan sudah dilaksanakan secara berperingkat selaras pengumuman oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, bahawa pengasingan sisa pepejal di punca akan dilaksanakan secara mandatori, mulai 1 September ini.


PENDUDUK diberi penerangan mengenai kaedah pengasingan sisa di punca. - Foto Hafizudin Mohd Safar

Serah notis peringatan Kegagalan melakukan pengasingan berkenaan boleh menyebabkan pengguna dikenakan tindakan mengikut Seksyen 74(2) Akta 672 dengan sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000. Bagaimanapun, untuk tempoh empat bulan iaitu sehingga akhir tahun ini, hanya notis peringatan diberikan kepada pengguna yang gagal melaksanakan arahan berkenaan bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan pelaksanaan sistem baharu itu. Sistem baharu ini dilaksanakan sejajar dengan hasrat kerajaan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan serta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam seperti tertakluk mengikut Akta 672. 

Orang ramai perlu mendisiplinkan diri bagi mengasingkan sisa makanan, bahan kitar semula, bahan pukal dan sisa kebun bagi memastikan kutipan dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual ditetapkan. Sisa makanan perlu dimasukkan ke dalam beg plastik sampah, diikat kemas dan dibuang ke dalam tong sampah beroda yang diberikan percuma. Bagi sisa yang boleh dikitar semula, pukal dan kebun hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik sampah, diikat kemas dan diletakkan di luar atau tepi tong sampah beroda pada hari kutipan. 

Dengan mengasingkan sisa pepejal mengikut jenis, ia akan memudahkan proses pengasingan barangan kitar semula daripada sisa yang akan dilupuskan di tapak pelupusan. Kita berharap tiada lagi alasan daripada orang ramai kononnya tidak tahu cara untuk mengasingkan sisa kerana rakyat negara ini sudah didedahkan mengenai kitar semula sejak kali pertama kempen kitar semula dilancarkan pada tahun 1996 dan sekali lagi pada tahun 2000.


RAKYAT sudah didedahkan mengenai kitar semula sejak kali pertama kempen kitar semula dilancarkan pada tahun 1996.

Pengasingan langkah terbaik Pengasingan sisa pepejal terbukti langkah terbaik dalam menggalakkan peningkatan kadar kitar semula dan pengurangan pelupusan sisa pepejal di tapak pelupusan. Ia perlu dilaksanakan bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara maju dan membantu generasi akan datang menikmati kehidupan lebih hijau dan lestari. 

Dengan sokongan orang ramai, jumlah sisa yang dibuang ke tapak pelupusan sampah dapat dikurangkan sehingga 40 peratus, sekali gus dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan. Sebaliknya, pelupusan sisa yang tinggi di tapak pelupusan hanya memendekkan jangka hayat tapak pelupusan, malah menyebabkan tapak pelupusan perlu diperluas dan dinaik taraf bagi menampung jumlah sisa untuk dilupuskan. 

Seperti kita sedia maklum, dalam keadaan ekonomi dan pembangunan yang berkembang pesat pada masa ini, usaha untuk mendapatkan tanah bagi dijadikan tapak pelupusan sisa pepejal adalah sukar, selain terpaksa berdepan dengan bantahan daripada orang ramai dan tokoh politik. Umumnya, Malaysia menjana 33,000 tan sisa pepejal setiap hari dengan hanya 10.5 peratus sahaja yang dikitar semula, manakala selebihnya dilupuskan di tapak pelupusan. 

Kajian komposisi sisa pepejal yang dijalankan pada tahun 2012 mendapati, 30 peratus daripada sisa yang dilupuskan adalah bahan yang berpotensi dikitar semula. Ini menunjukkan kadar kitar semula di negara ini amat rendah jika dilihat kepada potensinya. Jika dilakukan perbandingan, negara maju seperti Sweden didapati berjaya melencongkan sisa pepejal sebanyak 99 peratus di mana 49 peratus dikitar semula, 49 peratus sisa diolah untuk menghasilkan tenaga, manakala hanya satu peratus sisa dilupuskan di tapak pelupusan. 

Faktor yang menyebabkan kadar kitar semula yang rendah di negara ini adalah disebabkan tidak mengamalkan pengasingan sisa. Sisa pepejal tidak diasingkan menyukarkan proses kitar semula dan merendahkan nilai bahan berkenaan. Ia menyebabkan barang kitar semula yang tercemar dengan bahan organik mudah terurai perlu dibersihkan sebelum dapat digunakan semula dengan menggunakan air yang banyak.


KANAK-KANAK turut serta mengumpulkan bahan sisa pepejal dan bahan kitar semula. - Foto Asyraf Hamzah

Pencemaran air Ini boleh menyebabkan pencemaran air, sekali gus membabitkan perbelanjaan kos operasi yang tinggi. Selain itu, melupuskan barang boleh dikitar semula di tapak pelupus adalah sesuatu yang merugikan kerana barangan seperti plastik, kaca, besi, aluminium dan kertas boleh digunakan semula untuk memelihara sumber alam semula jadi, sumber air dan menjimatkan tenaga. 

Kita berharap pelaksanaan arahan pengasingan sisa pepejal di punca ini, sasaran negara untuk mencapai kadar kitar semula melebihi 22 peratus pada tahun 2020 akan tercapai dengan jayanya. INFO Kitar semula Jumlah sisa yang dibuang ke tapak pelupusan sampah dapat dikurangkan sehingga 40 peratus, sekali gus dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan. 

Malaysia menjana 33,000 tan sisa pepejal setiap hari dengan hanya 10.5 peratus sahaja yang dikitar semula, manakala selebihnya dilupuskan di tapak pelupusan. Kira-kira 30 peratus daripada sisa yang dilupuskan adalah bahan yang berpotensi dikitar semula. Ini menunjukkan kadar kitar semula di negara ini amat rendah.

http://www.bharian.com.my/node/72912