Date : 150609
Source : Berita Harian Online
Title : Pulau Pinang larang penggunaan pembungkus polisterin
GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini melarang penggunaan pembungkus makanan polisterin pada semua program rasminya bagi mengelakkan kesan negatif kepada alam sekitar dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh, berkata penggunaan polisterin itu bukan sahaja memudaratkan kesihatan pengguna dan memberi kesan negatif kepada alam sekitar, malahan ia mudah dibawa angin ke merata tempat dan menjadi bekas yang menakung air hujan. "Demi kepentingan orang ramai, kerajaan negeri membuat keputusan melarang penggunaan polisterin itu dan berharap pertubuhan lain akan memberikan sokongan dan mempraktikkannya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

No comments:
Post a Comment