Monday, June 15, 2009

Sabah&Sarawak: Henti guna beg plastik pulihara alam sekitar dikaji

Date : 150609
Source : Berita Harian
Title : Sabah & Sarawak: Henti guna beg plastik pulihara alam sekitar dikaji

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan mengkaji implikasi ekonomi sebelum mengambil keputusan menghentikan penggunaan beg plastik bagi memulihara alam sekitar. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata walaupun penggunaannya tidak baik untuk alam sekitar kerana sukar dilupuskan, usaha menghentikan penggunaannya perlu dilakukan beransur-ansur. "Isu ini sensitif kerana membabitkan industri berjuta ringgit. Untuk menggantikan beg plastik dengan benda lain yang tidak mengancam alam sekitar memerlukan pengusaha industri pembuatan beg plastik menggantikan mesin sedia ada.

No comments: