Thursday, July 2, 2015

Asing sisa pepejal secara mandatori mampu kurang 40 % sampah

Source : Berita Harian Online 





KUALA LUMPUR: Pelaksanaan pengasingan sisa pepejal secara mandatori kepada isi rumah yang akan bermula September ini mampu mengurangkan 40 peratus jumlah sampah di tapak pelupusan sampah. 

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata kini sebanyak 33,130 tan sampah dikumpul sehari di negara ini dan kerajaan telah membelanjakan RM1.4 bilion untuk menguruskan sisa pepejal.

 "Saya beri jaminan melalui pelaksanaan program ini, ia dapat membantu proses pengumpulan dan pengurusan sisa pepejal dalam negara menjadi lebih baik," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Abdul Rahman berkata demikian bagi menjawab kenyataan menerusi media oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang kurang bersetuju berhubung pelaksanaan pengasingan sisa pepejal secara mandatori itu. 

Mohamad semalam dilaporkan berkata, pelaksanaan penalti itu perlu dikaji semula kerana tahap kesedaran masyarakat mengenai pengurusan terbaik bagi sisa pepejal masih rendah. Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata, kini kementeriannya telah dan sedang menjalankan pelbagai kempen kesedaran dan pendidikan awam secara berterusan menerusi pelbagai medium, yang menelan belanja sebanyak RM5 juta.

 "Saya yakin dengan adanya pelbagai kempen ini, masyarakat akan lebih bersedia dan mengetahui bahawa proses pengasingan sisa di punca adalah mudah dan tidak merumitkan," katanya. 

Lagipun katanya, denda hanya akan dikenakan semasa peringkat kedua pelaksanaan pengasingan sisa pepejal secara mandatori ini iaitu mulai 1 Jun 2016. Katanya, tiada sebarang denda akan dikenakan kepada isi rumah yang gagal mengasingkan sisa pepejal mereka pada peringkat awal pelaksanaan tersebut iaitu mulai September ini sehingga Mei 2016. 

Sebaliknya mereka hanya akan diberi notis amaran dan nasihat daripada anggota-anggota penguat kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/65259

Wednesday, April 22, 2015

RM15bil for green economy

Source : The Star Online


KUALA LUMPUR: The Government is prepared to set aside some RM15bil under the 11th Malaysia Plan over the next five years to nudge Malaysia towards a green-based economy.
“It can be billions ... RM3bil or RM4bil for a year ... It could be more than RM15bil,” said Economic Planning Unit director-general Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff when commenting on the possible share of the pie for the environment under the 11th Plan (2016-2020).
The 11th Plan, an economic blueprint designed to push Malaysia to become a developed nation, is expected to be tabled by the Prime Minister in Parliament by the end of next month.
Speaking at a press conference after opening the United Nations Development Programmes’ Towards Green Growth in Malaysia Conference here yesterday, Dr Rahamat later clarified that of the amount, some RM10bil would be direct allocation while the rest would be “indirect” in nature.
She added that the RM15bil would be spent on what she called “game-changers”, which are expected to be moves to bring Malaysia into the green economy era.
These were separate from existing environment projects, such as flood mitigation and forest rehabilitation, for which money had already been set aside, she said.
“There are already billions going there ... (but) there are additional billions that we're going to allocate because we want to push it forward,” said Dr Rahamat, who also hinted that money originally earmarked for less environment-friendly moves may be re-chanelled to greener alternatives.
As an example, British High Commissioner to Kuala Lumpur Vicki Treadell said her government had woven green ideals into policy.
“Do you go for a coal-fired power station which might already be in the plan or do you save the money that you have for that (and) invest in new and renewable energy sources?” she said.
According to Dr Rahamat, striking this balance between growth and environment was what Malaysia wanted to learn.
“We're going to put aside a lot of money for game-changers ... We're serious about wanting to have development, but want it to be green,” she said.

Saturday, March 7, 2015

Masyarakat perlu peka tingkatkan kelestarian alam sekitar - TPM

Source : Berita Harian Online


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra bersama orang ramai pada Majlis Karnival YAHIJAU Pagoh 2015, di Kompleks Sukan Pagoh, Johor, pagi ini. - Foto Syarafiq Abd Samad

MUAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu setiap lapisan masyarakat supaya lebih peka tentang tanggungjawab bersama bagi meningkatkan kelestarian alam sekitar dan sumber semula jadi. Beliau berkata walaupun kerajaan sentiasa memberi penjelasan dan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan masyarakat mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar tetapi apa yang lebih penting agar mereka sendiri menyedarinya. 

"Masyarakat perlu menjadi lebih sedar, bertanggungjawab dan meningkatkan sikap yang lebih prihatin di dalam semua perkara yang dilakukan agar memberi kesan positif dan meningkatkan kelestarian alam sekitar dan semula jadi. "Antara sumber/bahan semula jadi yang perlu kita hargai dan jaga sepenuhnya adalah air, tenaga elektrik dan udara bersih," katanya ketika berucap merasmikan Karnival YaHijau Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini, hari ini. 

Turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Setiausaha Kementerian itu Datuk Loo Took Gee. Muhyiddin berkata, di negara ini faktor-faktor seperti keadaan cuaca sama ada hujan atau panas menjadi lebih kritikal dan mula sampai ke tahap krisis. "Situasi bencana seperti banjir di beberapa buah negeri menggambarkan situasi yang lebih membimbangkan pada masa-masa hadapan," katanya. 

Beliau berkata, bagaimanapun negara hampir jarang sekali melalui situasi krisis tanpa bekalan air atau perkhidmatan bekalan elektrik yang serius sehingga menjejaskan kehidupan. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, masyarakat perlu mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan air dan elektrik khususnya berdisiplin dalam menjadualkan penggunaan sumber-sumber berkenaan. "Gaya hidup begini membantu mengurangkan kos penggunaan dan pembaziran," katanya. 

Menurutnya Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal melaporkan bahawa sisa pepejal setiap hari di negara ini adalah sebanyak 29,000 tan dan 45 peratus daripadanya merupakan sisa makanan. "Jika sampah yang terdiri daripada sisa makanan dibiarkan bersepah dan tidak diuruskan dengan baik, ia akan menjadi tumpuan haiwan berpenyakit seperti tikus dan gagak,' kata Muhyiddin. 

Sehubungan itu, Muhyiddin berharap semua peringkat ketua masyarakat akan menyokong usaha kerajaan menjayakan konsep pengurangan pembaziran, guna semula dan kitar semula. "Mulai September ini dimaklumkan kutipan sisa yang diasingkan akan mengikut jadual yang ditetapkan dan dijalankan sepenuhnya di negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672," katanya. 

Beliau juga berkata penubuhan Yayasan Hijau akan dapat memberi manfaat untuk meningkatkan kesedaran berkaitan amalan hidup hijau di kalangan golongan muda dan orang ramai. "Saya berharap YaHijau akan bekerjasama dengan Yayasan Sukarelawan Siswadi di bawah Kementerian Pendidikan," katanya. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/39164

Monday, March 2, 2015

Contohi Jerman tangani soal sampah

Source : Berita Harian Online 

Secara mandatorinya penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah mesti mengasingkan sampah dari rumah mereka seperti kertas, kaca, plastik mulai September ini. Semua negeri ini menerima Akta 672 atau Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sejak tahun 2011 yang memberi kuasa eksekutif kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) untuk mengambil alih pengurusan sampah dari rumah dan pembersihan awam daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Dengan kata lain, sampah yang kita hasilkan di rumah sejak tahun 2011 tidak lagi diuruskan oleh PBT. Adakah penduduk Malaysia sudah bersedia untuk melaksanakannya, sedangkan tempoh 'mendidik' mereka di bawah PPSPPA agak singkat iaitu hanya empat tahun. Selain itu, adakah kita sudah bersedia dengan prasarana untuk memastikan kempen mengasingkan sisa pepejal ini berjaya dan disambut baik oleh pengguna?

Peraturan baharu Pelaksanaan peraturan baharu itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan yang ketika ini semakin meruncing dan membantu meningkatkan aktiviti 3R (Reduce, Reuse, Recycle) serta kitar semula. Dalam menyenaraikan diri menjadi negara maju, Malaysia mesti mempunyai pelbagai strategi dan tindakan komprehensif mendepani masalah sampah yang boleh memberi gambaran tidak enak dalam memupuk minda kelas pertama dan budaya sivik yang cemerlang. 

Dari segi ekonomi, kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM1.4 bilion bagi kos perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam pada tahun lalu, yang mana secara purata 2.3 juta tan bahan buangan dibawa ke tapak pelupusan dengan nilai mencecah RM900 juta setahun. Jerman berjaya mengurangkan pengeluaran sampah. Namun, kejayaan besar itu ditempa selepas 25 tahun program pengurangan sampah dibuat. 

Kini, masalah pengeluaran 30 juta tan sampah setahun di negara itu dapat diatasi yang mana lebih 80 peratus bahan buangan berkenaan dikitar semula iaitu kertas di tong biru; kaca di tong kuning dan sisa organik di tong hijau. Tong kitar semula Adakah pihak berkuasa kita sudah menyediakan secukupnya tong berkenaan di seluruh negeri yang tertakluk dengan Akta 672? 

Bagaimana pula inisiatif yang dibuat oleh pengeluar atau pengilang untuk mengurangkan penggunaan kertas, kaca, plastik mahupun aluminium? Kalau di Jerman, pihak berkuasa memperkenalkan sistem 'green dot' atau sistem titik hijau yang mana pengeluar atau pengilang, mahupun penjual perlu membayar yuran atau cukai 'green dot' terhadap setiap produk yang dikeluarkan atau dijual. 

Sistem bijak ini berjaya mengurangkan penggunaan kertas, kaca atau plastik dan secara langsung kuranglah sampah yang perlu dikitar semula. Hasilnya, sampah dapat dikurangkan sebanyak sejuta tan setiap tahun. Sebaiknya juga kerajaan meniru langkah kerajaan Jerman yang mewajibkan syarikat dan industri untuk mengasing dan mengitar semula sekurang-kurangnya 80 peratus daripada barangan yang dikeluarkan mereka. Kalau syarikat pengeluar minuman kotak, mereka diwajibkan mengitar semula kotak minuman yang sudah digunakan. 

Begitu juga pengeluar makanan dan minuman dalam tin. Penguatkuasaan seharusnya membabitkan pelbagai pihak, bukan hanya menumpukan kepada isi rumah kerana pihak industri juga bertanggungjawab sama.

http://www.bharian.com.my/node/37793

Universiti Malaya aims for zero waste

http://www.thestar.com.my/lifestyle/features/2015/03/02/um-aims-for-zero-waste/