Thursday, March 24, 2011

Penyelidikan sisa pepejal di UKM

Source : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm


MOHD. ZAIN (dua dari kanan) memotong riben sambil diperhatikan Hassan (kanan) semasa merasmikan pusat kitar semula UKM di Bangi semalam.


BANGI – Sebuah pusat penyelidikan sisa pepejal bersepadu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)-Alam Flora yang bernilai kira-kira RM500,000 akan dibangunkan di kampus universiti itu.
Pembinaannya bakal menjadikan UKM sebagai perintis dalam meneroka penyelidikan pengurusan sisa pepejal di kalangan institusi pengajian tinggi di negara ini.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, Prof. Datuk Ir. Dr. Hassan Basri berkata, pusat itu akan dibina di atas kawasan seluas 0.34 hektar dan dijangka siap penghujung tahun ini.
“Ia akan mempunyai ruang untuk fasiliti perolehan semula bahan sisa pepejal sekali gus menjadikan UKM sebagai kampus mesra alam pertama di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar Pelancaran Pusat Kitar Semula dan Meraikan Ulang Tahun Pertama Kampus Sisa Sifar UKM-Alam Flora di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan.

No comments: