Friday, September 20, 2013

Gas beracun: 500 penduduk diarah pindah

Source : Utusan Malaysia, 20/9/13
url : http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130920/je_05/Gas-beracun:-500-penduduk-diarah-pindah

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
Keadaan Kampung Pisang menjadi kabus akibat gas hidrogen sulfurik.

PULAU PINANG 19 Sept. - Lebih 500 penduduk Kampung Pisang, Air Itam di sini terpaksa mengosongkan kediaman masing-masing ekoran bau yang dihasilkan oleh gas toksik akibat kebakaran sebuah stor penyimpanan bahan kimia malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, stor simpanan hidrogen sulfurik yang berada di kawasan kampung tersebut terbakar dan menghasilkan bau kuat sehingga membuatkan penduduk panik serta sesak nafas.

Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.35 malam mengenai kejadian berkenaan.
Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) menggunakan dry powder untuk memadamkan api yang berpunca daripada bahan kimia di Kampung Pisang, Air Itam, Pulau Pinang, malam kelmarin.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di kampung itu, anggotanya terhidu bau toksik yang dikesan datang dari stor bahan kimia tersebut.

“Gas toksik itu boleh mengundang bahaya kepada penduduk tetapi kita berjaya mengawal keadaan.
“Setakat ini, tiada kejadian tidak diingini berlaku dan kita berjaya memindahkan dan menghapuskan sisa toksik yang menyebabkan penduduk tidak selesa kerana terhidu gas beracun," katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam tadi.

Beliau memberitahu, penduduk dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada pukul 3 pagi selepas didapati tiada lagi bau gas beracun tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130920/je_05/Gas-beracun:-500-penduduk-diarah-pindah#ixzz2tTot1MPe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: